Tuesday, 29 April 2014

Sakit


Pernah aku jumpa seorang sahabat ni untuk mengadu.

"Aku sakit."

"Sakit apa? Nampak sihat je. Ke.. kau sakit hati? " sengih

"Penyakit ni bahaya wehh . Aku risau lah "

"Hah? Serious ke? Penyakit apa?"

"Penyakit rindu."

"Hahaha. Kau rindu dekat siapa pulak ni haaaa?"

"Tak perlu tahu lah siapa. Aku tak suka lah rasa rindu tu. Sakitnya rindu buat aku hilang fokus. Stress. Tak khusyuk dalam solat. Asyik nak stalk dia je tiap hari. Aku buat apa pun aku ingat dia. Aku tak suka. "

"Ohh ni kes rindu bercinta lah ni."

"Aku nak lupakan dia. Tapi susah sangat. Aku tak suka lah. Aku benci dia."

"Kalau tak suka kenapa kau still ingat dia?"

"Because I'm still love him. Yes, I admit it. Aku kate aku benci dia, tapi rasa cinta ni masih ada weh. Tipulah kalau aku kata aku dah lupakan dia macam tu je."

"Okay listen to me. I'm so happy because now you didn't any relationship with him or anybody. Rasa cinta tu Allah yang bagi. Jangan pernah salahkan Allah. Dia nak uji kau. Allah nak kau belajar dari sesuatu perkara. Kejar cinta Allah dulu. Kalau dia tinggalkan kau, takpe. Biarkan je. Kau akan jumpa yang lagi baik dari dia. Kalau dia sayangkan kau, dia takkan bagi kau harapan, takkan bagi cinta yang rapuh yang sementara dekat kau. If he serious, and honest, he'll go to your wali and ask for you in a respect and honor way for nikah, not go straight to you and showering you with sweet dreams and promises, keep you wondering and do nothing. Kalau kau cinta dia setengah mati pun , belum tentu dia jodoh kau. Kalau sekarang dia boleh buat macam tu, tak mustahil dah nikah nanti dia boleh buat benda yang sama. Sahabat. Jaga mata. Jaga hati. Jaga iman. Jaga aurat. Sabar k?"

"Hmm okay insyaallah thank you." *senyum

"You're welcome dear."


Kadang-kadang bila Tuhan menguji, dan bila aku mula rasa sakitnya diuji, barulah aku sempat untuk berfikir, dimana sebenarnya aku meletakkan hati? Pada Tuhan yang satu atau pada insan-insan itu?


"Adik, jadi wanita yg exclusive kerana Allah, supaya Allah hadiahkan lelaki yg exclusive untuk kita. Adik kena kuat. Bukan kena. Tapi mesti. Tunjuk dekat si dia yang adik lebih baik tanpa si dia. Jangan terumbang ambing dengan ujian dunia, contohnya ujian cinta." -kakngah-


"Jodoh kita tu cermin diri kita. Nak lelaki soleh, jadi wanita solehah dulu." -emak- 


Ya Allah , terima kasih kerana hadiahkan aku orang-orang yang sentiasa dekat dengan-Mu . Thank you Allah . Huuuuu nak nangis hmmmmmmmm


Usaha untuk bahagia itu perlu bermula daripada pemilihan pasangan hidup yang tepat. Aku inginkan insan yang terpelihara. Aku tidak mahu berkahwin hanya kerana sebab-sebab murahan seperti sudah terlanjur bercinta, kasihankan insan yang diberikan harapan, puas hidup membujang atau desakan sesiapa. 

Kata Ibnul Qayyim, 

'Cinta boleh lenyap bersama lenyapnya sebab.' Aku ingin mencintainya kerana Allah. Lantaran aku yakin, hanya Allah tidak akan lenyap.

Aku yakin dia sudah tercipta untuk aku sama ada di dunia atau di syurga. Sudah tentu 'si dia' yang masih lagi misteri itu tak suka kalau aku sedang berbalas-balas surat, sms, atau emel tanpa keperluan apa-apa dengan seorang lelaki. Aku pun macam tu. Bagi aku , pada akhir zaman ni, zina itu amat dekat kerana jalan-jalan zina itu amat mudah. Jadi aku mesti jauhkan perbuatan tu agar Allah turut jauhkan 'si dia' daripada perbuatan sebegitu. Aku tak pernah ragu memikrkan si solehah untuk si soleh. Malah aku yakin. Tiba saatnya, Allah akan dekatkan dia pada aku.


Okay. Sekian. Assalamualaikum.