Sunday 28 June 2015

Syukur




Aku tenang begini. 
Tanpa sesiapa lagi dalam hati.
Kau tidak ku temu, tidak juga ku tanya kan khabar..
Tetapi, aku tak mampu membohongi hati masih sayang.
Cuma aku percaya Tuhan menjarakkan kita atas alasan.
Jaga hati, jaga iman.
Satu aku minta,
Jika mahu pergi… jangan pernah kembali lagi.
Hati ini bukan persinggahan.

Saturday 27 June 2015

Wanita



Andai kau mahu belajar memahami manusia, belajarlah memahami wanita, kerana pada diri seorang wanita itu ada pelbagai watak yang boleh kau pelajari. Adakalanya mereka matang, adakalanya bagai anak kecil, bahkan kadangkala mereka lebih tabah dari dirimu. Berhadapan dengan wanita, hakikatnya kau sedang berhadapan dengan  dua tiga jenis manusia. Indahnya kejadian wanita sebagai pembelajaran buatmu, sebagai persiapan kepada jiwamu menjadi pejuang yang mempunyai nilai kasih sayang dan cekal.


Jika satu hari nanti kau membina kehidupan dengannya, lindungilah mereka, cintailah mereka. Namun, sedalam mana sekalipun cintamu pada makhluk bernama wanita, jangan sesekali ia melebihi cintamu pada wanita pertama yang mencintaimu; yakni ibumu.


Ketahuilah bahawa suatu hari nanti, ibu bapa mu akan uzur. Namun, keuzuran ibu bapa itu adalah hadiah dari Allah untuk memberi pahala, menghapus dosa dan mengangkat darjat seorang anak. Jangan sesekali melihat ia sebagai beban tapi lihatlah ia sebagai satu peluang yang diberikan Allah kerana belum tentu ibadah-ibadah sunatmu diterima dan dicintai Allah, namun menjaga ibu bapa adalah ibadah yang pasti dicintai Allah. Semoga sentiasa diberi ruang dan peluang untuk berbakti kepada mereka.


Untuk kau yang bernama lelaki,
binalah `soleh` dalam dirimu,
bimbinglah ibu, isteri, saudara, dan anak perempuanmu,
menjadi perempuan- perempuan kesayangan Tuhan,
kerana itulah yang dinilai oleh Tuhanmu,
kelak kaulah lelaki kesayangan Tuhan.


Dua Insan



Ya.

Study jejauh pun aku dah rindu
Seminggu tak jumpa pun dah rindu
Dengar suara mereka bercakap dalam fon pun aku boleh menangis
Hanya sebaris kata semangat pun boleh buat aku sebak
Bila orang cerita pasal mak ayah even sikit pun mata dah berair
Teringat mak ayah pun boleh buat mata berair
Tulis tentang mereka pun boleh menangis.


Allah, lemahnya aku


Sungguh aku tak kuat untuk kehilangan mereka
Tapi aku harus sedar. Aku 'kena' sedar
Semua hanya pinjaman dari Dia
Termasuk mak dan ayah


Mak ayah,
Moga sentiasa dekat di hati
Moga baik baik saja
Moga kita dapat berjumpa di sana nanti.


In shaa Allah *senyum*

Sunday 21 June 2015

Penat



Kadang aku penat. Penat melangkah. Lama juga lah aku berehat. Sampai tak ada usaha nak bangun balik. 

Dan ada satu masa, manusia datang meminta sedikit kekuatan. Dia tak tahu yang aku dah tak larat. Tapi aku bantu juga, sebab aku tak nak dia macam aku.

Lama juga lah aku berehat. Sampai seronok dengan maksiat. Lama lama hati aku dah tenat, solat semua aku buat, cuma khusyuknya hilang macam tu saja.

Sampai satu hari, hati aku mati. 
Aku tak seronok beribadah. Buat pun sambil lewa. Sebab aku dah mula cinta dunia. Aku lupa apa yang aku belajar selama ni.

Hati meronta ronta untuk diisi dengan makanan rohani. Aku gembira tapi hati aku kosong tak ada apa. Payah juga lama lama macam ni. 

Kini ku ambil keputusan untuk kembali ke trek yang kau pernah alami.

Abdullah Ibn Mas'ud pernah berkata:

Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat. 

Pertama ke tempat orang yang membaca alquran tidak kira sama ada kamu mengikutnya membaca atau kamu sekadar mendengarnya. 
Kedua, kamu menghadiri majlis ilmu yang mengingatkan kamu kepada Allah. 
Ketiga, kamu mencari satu waktu yang sunyi, contohnya pada waktu malam ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadat kepada Allah serta memohon kepada-Nya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati. 

Jika selepas melakukan itu jiwamu masih tidak tenteram, mintalah kepada Allah agar digantikan hatimu yang baru kerana sesungguhnya hati yang kamu miliki sekarang ini bukan hatimu.

Bukan tak peduli




Hari yang sangat sibuk. Terlalu banyak perkara yang hendak dibuat waktu itu. Tengah hari itu, whatsapp masuk berkali-kali.

Disebabkan waktu tak mengizinkan, aku biarkan dulu. Setengah jam lepas tu baru aku buka.

Soalan demi soalan ditanya. Selesai baca. Aku teruskan kerja semula dan soalan itu aku biarkan sepi. Hanya blue tick yang aku tinggalkan. 

Beberapa minit selepas itu, dia membalas. 

Sorry ganggu hm " berserta emoji sedih.

Maafkan aku sahabat kerana hanya diam membisu tanpa menjawab soalan kau. Diam tak bermakna aku tak peduli. Mungkin dalam diam aku, ada doa yang terselit tanpa pengetahuan kamu.

Sahabat,
Bukan aku ingin mengelak
Bukan aku ingin mendera
Tapi aku ingin menguji
Sebab aku ingin kau belajar sendiri.
Usaha sendiri.

Maafkan aku.
Jangan risau, aku akan selalu bantu kau. Melalui doa aku. Kerana dalam diam, ada terselit doa yang aku sampaikan pada Tuhan. Kerna Tuhan lebih mengetahui dan akan menjawab segala persoalanmu.

p/s: aku sayang kamu sahabat. Lillahi Taala :')

Saturday 20 June 2015

I wish






Sabarnyaaaaa ayah dia!

Tapi tak semua happy ending mcm ni. Ada juga, sampai dah besar pun anak anak, still takde lah terer masak. But it is how the partner accept each other. Kalau semua nak perfect, pandai everything. Kena tengok diri kita, kita ni cukup perfect ke? Kan lelaki perempuan saling melengkapi.

To my future husband,
Saya maybe lah tak reti masak kebabom macam semua orang masak. For now, apa yang boleh masuk tekak, kira okaylah tu masak tu. Lipat baju tu takde hal lah. Cuma extremenya comes when hari hujan, then baju pon jadi bertimbun nak lipat. Please lah, together saya and awak join marathon lipat baju. Bab kemas rumah, duduk dua orang. takde lah messy mana pun kan. Bila dah ada anak, maybe lah rumah kita kelam kabut sikit. Tapi, rumah kita kan. Sama-sama lah kita mengemas.

As bila awak setuju terima saya seadanya, guide me, be patient, niat kita on a right track, believe Allah is always there to help us.

Saya cuba jadi isteri yg cool, mama yang super duper awesome! I know, bukan semua happy ending. But this is just a start to my story book. Asalkan kita accept each other. InsyaAllah.

But for now. I’ll keep praying, if one day I get married. I’ll marry my other half, who believe in me, who can understand my words without spoken. I’ll be a better person for Him. Nawaitu kita is only to please our Creator.

CUBALAH UTK SETIA



Lepas solat, 
Capai handphone. 
Tersengih sendirian.
Penangan whatsapp brgkali.
Penangan instagram brgkali.
Penangan wechat brgkali.
Penangan twitter brgkali.
Jari laju menyentuh skrin handphone.
Laju, sampai terlupa adab dengan Allah lepas solat.
Zikirnya tiada..
Alunan surat cinta dari-Nya tiada..
Doa pun, ala kadar.
Kau ambil mudah.

Tapi, cuba bila time hati kau remuk,
Time kau tersungkur,
Tak larat nak bangun,
Tak mampu nak handle suatu ujian..
Doa kau jadi bersungguh -sungguh.
Zikir kau jadi khusyuk.
Alunan bacaan surat cinta dari-Nya dibiarkan menyusup di hati.
Bila kau susah, kau cari Allah.
Bila kau rasa senang sikit, mudah saja kau lupakan Dia.
Cubalah belajar utk “setia”.
Setia bercinta denganNya tak kira susah atau senang.
Cuba.
Ingatan utk kau, aku dan semua yg memegang title hamba Allah.

credit to badrulhazam