Sunday, 21 June 2015

Bukan tak peduli




Hari yang sangat sibuk. Terlalu banyak perkara yang hendak dibuat waktu itu. Tengah hari itu, whatsapp masuk berkali-kali.

Disebabkan waktu tak mengizinkan, aku biarkan dulu. Setengah jam lepas tu baru aku buka.

Soalan demi soalan ditanya. Selesai baca. Aku teruskan kerja semula dan soalan itu aku biarkan sepi. Hanya blue tick yang aku tinggalkan. 

Beberapa minit selepas itu, dia membalas. 

Sorry ganggu hm " berserta emoji sedih.

Maafkan aku sahabat kerana hanya diam membisu tanpa menjawab soalan kau. Diam tak bermakna aku tak peduli. Mungkin dalam diam aku, ada doa yang terselit tanpa pengetahuan kamu.

Sahabat,
Bukan aku ingin mengelak
Bukan aku ingin mendera
Tapi aku ingin menguji
Sebab aku ingin kau belajar sendiri.
Usaha sendiri.

Maafkan aku.
Jangan risau, aku akan selalu bantu kau. Melalui doa aku. Kerana dalam diam, ada terselit doa yang aku sampaikan pada Tuhan. Kerna Tuhan lebih mengetahui dan akan menjawab segala persoalanmu.

p/s: aku sayang kamu sahabat. Lillahi Taala :')

No comments:

Post a Comment