Sunday 18 May 2014

Hebatnya seorang wanita yang bergelar ibu

Assalamualaikum.



Takyah cari aku dalam gambar ni , sebab aku masih dalam kandungan . Haha 

Bismillah.

Orang kata dia cantik sangat. Lawa. Tinggi. Baik. Pembersih. Sangat rajin dan sangat garang. Haha. Garang tu paling tak boleh lupa. Ada kisah disebaliknya. Haha.


Al-Fatihah untuk arwah ibu.


Dia pergi tinggalkan kitorang waktu kitorang kecik lagi.  Waktu tu akak sulung aku umur 5 tahun. Kngah aku 3 tahun. Aku hampir masuk 2 tahun. Aku tak tau apa aku rasa waktu tu. Haha bayangkan . Budak kecil umur 1 tahun lebih yang taktau apa-apa, yang hanya tahu merengek , gelak kehkehkeh , yang masih cuba untuk berjalan, paling penting yang tersangat manja ni.. dapat kasih sayang dari seorang ibu kandungnya hanya selama 1 tahun tujuh bulan. 


Dari mulut orang, jiran-jiran, saudara-mara, dari ayah dgn mak aku .. Dari mereka lah aku tahu kisah sejarah hidup arwah ibu. 


Ayah dgn mak kata, ibu meninggal dunia sebab menghidap penyakit 'scleroderma' (kulit menjadi keras). Selama satu tahun tujuh bulan arwah ibu menderita sebab penyakit ni. Satu tahun tujuh bulan wehh , umur aku waktu dia meninggal. Maksudnya, ibu menghidap penyakit ni lepas dia lahirkan aku . Sebelum tu doktor larang jangan ada anak lagi. Tpi dah takdir Allah , dia mengandung. Dan selepas tu aku dilahirkan. Sejak dari tu, ibu sentiasa ulang-alik ke Pusat Perubatan Universiti Malaya. Tapi penyakitnya tak sembuh-sembuh. Penyakit ni menyerang paru-paru , buah pinggang dan jantung dia dan menyebabkan kematian.


Kagumnya aku dengan dia. Hebatnya dia. Tabahnya seorang wanita yg ingin melahirkan anak ketiganya walau dia tahu akan risiko yg bakal dia hadapi. 


Tarikh 17 Jun 1998 , ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi ayah , kira-kira 12.30 tengah malam.


Kadang aku rasa kisah pengorbanan ibu aku hampir sama dalam novel waktu aku tingkatan 4 , Papa..(akhirnya kau tewas jua) hampir sama je. Ayah aku tak sekeras mcm ayah Julia. Yang samanya pasal ibu Julia tu je. 


Lepas 1 tahun arwah ibu meninggal dunia , ayah aku berkahwin dengan mak. Kami tiga beradik mendapat kasih sayang dari seorang wanita yang sangat rapat dengan kami. Dia bukan ibu tiri tapi ibu saudara. Dia kakak kepada arwah ibu aku. Aku sayang dia gila gila. Allah telah menggantikan arwah ibu dengan seorang wanita yang sangat penyayang bagi aku. Dia hadiah dari Allah untuk kami adik-beradik. Tak semua ibu tiri garang, jahat . Tak semua kay. Sebab tu aku sayang mak akuuuuuu ~ 


Hampir setiap hari aku rindu arwah ibu. Setiap kali rindu , aku teringat semua kisah hidup dia dulu yang diorang semua cerita. 


Ya Allah, moga Kau tempatkan ibu di syurga-Mu. Aku sayang dia. Aku rindu dia. Sebesar mana sayang dan rindu ni hanya Kau saja yang tahu.


Kami tiga beradik ada dua ibu. Seorang yang melahirkan. Seorang yang menjaga kami dari kecil sehingga besar insyaallah :) Dua wanita ni sangat istimewa buat aku. Thank you Allah. Alhamdulillah~


Sekian. Terima kasih. 

Friday 2 May 2014

Selamat Tinggal

Assalamualaikum

Bismillah .



Engkau yang dulu orang asing bagi aku. Kini dan selamanya bergelar sahabat.

Maaf sahabat. Maafkan aku. Aku sayang kau. Sayang sangat-sangat. Rinduuuuu sangat aku dekat kau. 


Maafkan aku sebab buat kau sedih. 
Maafkan aku sebab ego aku terlalu tinggi. 
Maafkan aku kalau aku tak balas text atau chat kau. 
Maafkan aku sebab aku menjauh.
Maafkan aku kalau aku buat kau marah.
Maafkan aku ~ 


Perpisahan itu perlu.

Sahabat. Jangan benci aku. Jangan lupa aku. Jangan pernah berhenti doakan aku. 

Nurul, rindu ni tak pernah mati. Kau sahabat aku, bukan sampai mati, tapi sampai syurga.

Tak perlu pujuk aku. Tak perlu cari aku. Aku sentiasa ada dengan kau. Every second. Every minute. Aku sentiasa ada dalam hati kau. Sebab apa. Sebab kau selalu ada dalam hati aku. 

I'll never forget our memories together. Tapi kalau Allah takdirkan untuk aku lupa segalanya aku redha. Aku tahu itu semua terbaik untuk aku. 

"Ya Allah, untuk insan yang aku sayang itu, moga dlam setiap jatuh, derita, sedih, pilu dan kecewanya sentiasa ada Engkau untuk menjaganya."

Dulu kau selalu cakap "Hanis, kalau kau tak ada hidup aku kosong. Aku tak boleh kalau tak ada kau."

"Nurul, aku bukan siapa-siapa. Aku manusia biasa. Aku cuma miliki satu impian, iaitu berlari menuju redhaNya. Kau ada Allah. Aku ada Allah. Tuhan kita sama. Jangan sesekali rasa kosong tu. Isi kan hati dengan kasih sayang Allah."

Kalau one day aku pergi dulu, kau kena ingat aku bukan tinggalkan kau sensorang. Aku tinggalkan kau dalam jagaan Allah. Kerana aku yakin Dia sebaik-baik penjaga.

Kalau kau rasa down sangat, 

berdiri depan cermin, dan katakan
kau kuat sayang,
kau boleh lakukan,
bahkan kau pernah lalui saat yang paling sukar,
namun kau berjaya juga melaluinya.

stay positive, 
insyaallah jika diizinkan-NYA :')
trust HIM. always.

Jaga diri. Jaga Iman. Jaga hati. Moga selalu merendah dan terjaga.
Selamat Tinggal Sahabat :)

Salam Sayang dari sahabatmu,
Hanis Nasuha bt. Saari.