Friday, 2 May 2014

Selamat Tinggal

Assalamualaikum

Bismillah .



Engkau yang dulu orang asing bagi aku. Kini dan selamanya bergelar sahabat.

Maaf sahabat. Maafkan aku. Aku sayang kau. Sayang sangat-sangat. Rinduuuuu sangat aku dekat kau. 


Maafkan aku sebab buat kau sedih. 
Maafkan aku sebab ego aku terlalu tinggi. 
Maafkan aku kalau aku tak balas text atau chat kau. 
Maafkan aku sebab aku menjauh.
Maafkan aku kalau aku buat kau marah.
Maafkan aku ~ 


Perpisahan itu perlu.

Sahabat. Jangan benci aku. Jangan lupa aku. Jangan pernah berhenti doakan aku. 

Nurul, rindu ni tak pernah mati. Kau sahabat aku, bukan sampai mati, tapi sampai syurga.

Tak perlu pujuk aku. Tak perlu cari aku. Aku sentiasa ada dengan kau. Every second. Every minute. Aku sentiasa ada dalam hati kau. Sebab apa. Sebab kau selalu ada dalam hati aku. 

I'll never forget our memories together. Tapi kalau Allah takdirkan untuk aku lupa segalanya aku redha. Aku tahu itu semua terbaik untuk aku. 

"Ya Allah, untuk insan yang aku sayang itu, moga dlam setiap jatuh, derita, sedih, pilu dan kecewanya sentiasa ada Engkau untuk menjaganya."

Dulu kau selalu cakap "Hanis, kalau kau tak ada hidup aku kosong. Aku tak boleh kalau tak ada kau."

"Nurul, aku bukan siapa-siapa. Aku manusia biasa. Aku cuma miliki satu impian, iaitu berlari menuju redhaNya. Kau ada Allah. Aku ada Allah. Tuhan kita sama. Jangan sesekali rasa kosong tu. Isi kan hati dengan kasih sayang Allah."

Kalau one day aku pergi dulu, kau kena ingat aku bukan tinggalkan kau sensorang. Aku tinggalkan kau dalam jagaan Allah. Kerana aku yakin Dia sebaik-baik penjaga.

Kalau kau rasa down sangat, 

berdiri depan cermin, dan katakan
kau kuat sayang,
kau boleh lakukan,
bahkan kau pernah lalui saat yang paling sukar,
namun kau berjaya juga melaluinya.

stay positive, 
insyaallah jika diizinkan-NYA :')
trust HIM. always.

Jaga diri. Jaga Iman. Jaga hati. Moga selalu merendah dan terjaga.
Selamat Tinggal Sahabat :)

Salam Sayang dari sahabatmu,
Hanis Nasuha bt. Saari.

No comments:

Post a Comment