Andai kau mahu belajar memahami manusia, belajarlah memahami wanita, kerana pada diri seorang wanita itu ada pelbagai watak yang boleh kau pelajari. Adakalanya mereka matang, adakalanya bagai anak kecil, bahkan kadangkala mereka lebih tabah dari dirimu. Berhadapan dengan wanita, hakikatnya kau sedang berhadapan dengan dua tiga jenis manusia. Indahnya kejadian wanita sebagai pembelajaran buatmu, sebagai persiapan kepada jiwamu menjadi pejuang yang mempunyai nilai kasih sayang dan cekal.
Jika satu hari nanti kau membina kehidupan dengannya, lindungilah mereka, cintailah mereka. Namun, sedalam mana sekalipun cintamu pada makhluk bernama wanita, jangan sesekali ia melebihi cintamu pada wanita pertama yang mencintaimu; yakni ibumu.
Ketahuilah bahawa suatu hari nanti, ibu bapa mu akan uzur. Namun, keuzuran ibu bapa itu adalah hadiah dari Allah untuk memberi pahala, menghapus dosa dan mengangkat darjat seorang anak. Jangan sesekali melihat ia sebagai beban tapi lihatlah ia sebagai satu peluang yang diberikan Allah kerana belum tentu ibadah-ibadah sunatmu diterima dan dicintai Allah, namun menjaga ibu bapa adalah ibadah yang pasti dicintai Allah. Semoga sentiasa diberi ruang dan peluang untuk berbakti kepada mereka.
Untuk kau yang bernama lelaki,
binalah `soleh` dalam dirimu,
bimbinglah ibu, isteri, saudara, dan anak perempuanmu,
menjadi perempuan- perempuan kesayangan Tuhan,
kerana itulah yang dinilai oleh Tuhanmu,
kelak kaulah lelaki kesayangan Tuhan.
binalah `soleh` dalam dirimu,
bimbinglah ibu, isteri, saudara, dan anak perempuanmu,
menjadi perempuan- perempuan kesayangan Tuhan,
kerana itulah yang dinilai oleh Tuhanmu,
kelak kaulah lelaki kesayangan Tuhan.
credit she-turns-to-be
No comments:
Post a Comment