Kadang aku penat. Penat melangkah. Lama juga lah aku berehat. Sampai tak ada usaha nak bangun balik.
Dan ada satu masa, manusia datang meminta sedikit kekuatan. Dia tak tahu yang aku dah tak larat. Tapi aku bantu juga, sebab aku tak nak dia macam aku.
Lama juga lah aku berehat. Sampai seronok dengan maksiat. Lama lama hati aku dah tenat, solat semua aku buat, cuma khusyuknya hilang macam tu saja.
Sampai satu hari, hati aku mati.
Aku tak seronok beribadah. Buat pun sambil lewa. Sebab aku dah mula cinta dunia. Aku lupa apa yang aku belajar selama ni.
Hati meronta ronta untuk diisi dengan makanan rohani. Aku gembira tapi hati aku kosong tak ada apa. Payah juga lama lama macam ni.
Kini ku ambil keputusan untuk kembali ke trek yang kau pernah alami.
Abdullah Ibn Mas'ud pernah berkata:
Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat.
Pertama ke tempat orang yang membaca alquran tidak kira sama ada kamu mengikutnya membaca atau kamu sekadar mendengarnya.
Kedua, kamu menghadiri majlis ilmu yang mengingatkan kamu kepada Allah.
Ketiga, kamu mencari satu waktu yang sunyi, contohnya pada waktu malam ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadat kepada Allah serta memohon kepada-Nya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati.
Jika selepas melakukan itu jiwamu masih tidak tenteram, mintalah kepada Allah agar digantikan hatimu yang baru kerana sesungguhnya hati yang kamu miliki sekarang ini bukan hatimu.
No comments:
Post a Comment