Wednesday, 12 August 2015

Perempuan


**
'Hanis ni memang kebal bab-bab cinta ni.'

'Macam mana kau boleh kawal perasaan kau dengan ajnabi eh? Aku susahlah weh'

Perempuan.



"Walau bagaimana sibuk dan aktif dalam society, kental bawa diri tak ada pakwe, bersemangat dalam dakwah atau bijak melangit dalam pelajaran, tetap takkan lari daripada bicara soal hati."

Aku juga macam perempuan-perempuan lain. Kadang jatuh juga. Kalau dah hati itu asalnya lembut maka selamanya jua lembut.

Macam mana aku cuba untuk jaga hati. Tak nak lagha. Tak nak fikir yang sia sia. Kadang kadang terpesong juga. Sampai rasa nak kahwin sahaja lagi mudah.

Tengok orang couple, rasa nak couple juga, bila fikir balik tak nak couple sebab tak nak buat perkara menghala dosa, tetapi jiwa terseksa.

Tengok orang kahwin, nak kahwin juga, tak tahu kenapa rasa nak kahwin tu datang tetapi yang tahu hanya mahu kahwin bila seronok tengok orang kahwin.

Cuma satu.

Rakan usrah pesan, selalu ingatkan pada hati, selagi tiada ikatan yang termeterai, dia bukan sesiapa lagi untuk dicintai sepenuh hati. Jangan mudah sangat lemah. Jangan biar diri gatal hanya mahu kahwin sahaja sedang persiapan diri layu. Belajarlah menjadi seorang wanita.

Dan kerana tidak tahu banyak perkara itulah aku perlu belajar banyak perkara. Kahwin bukan soal cinta dan suka sahaja. Perkahwinan penuh dengan tanggungjawab yang menanti. Sebab tempoh selepas kahwin bukan sehari dua, tetapi biar mahu sampai ke syurga.


Pesan mereka lagi,

Usah terlalu risau akan soal jodoh. Usahalah setakat mana yang mampu. Asal sahaja diri tahu untuk menjaga kehormatan diri maka dia yang begitu jualah yang bakal dihadirkan Allah. Asal sahaja hati terus teguh pada jalan dakwah dan kebenaran maka dia yang begitu jualah yang akan datang melengkapkan kehidupan.

Hidup ini cukup mudah.

Buat apa yang Allah suka dan reda. Dan suka serta reda dengan tiap apa yang diberi Allah. Kerana tiada apa yang tidak baik datang daripada Allah melainkan segalanya baik-baik belaka.



2 comments:

  1. hi hanis. banyak pengajaran yang seri dapat dari blog hanis ni. thanks :)

    ReplyDelete
  2. hi hanis. banyak pengajaran yang seri dapat dari blog hanis ni. thanks :)

    ReplyDelete