Ini lah kisah aku dan izinkan aku untuk meluahkannya di sini.
Dahulunya
akulah insan yg sering membuat lelaki menangis kerana aku. Dahulunya
juga terlalu banyak hati yang telah aku permainkan.
Sampai
suatu hari, hadirnya seorang lelaki pertama yang membuat aku jatuh hati
padanya. Tanpa aku sedar, dia pergi meninggalkan aku tanpa sebarang
alasan mahupun kata-kata.
Itulah kali pertama aku menangis kerana cinta.
Dari situ aku tahu, Tuhan sedang membalas atas segala perbuatan yg pernah aku lakukan dulu.
3 tahun aku cuba lupakan semuanya.
3
tahun juga aku biarkan hati aku kosong, tanpa sesiapa pun yang mampu
memasuki perkarangan hati. Hanya cinta dan kasih sayang Allah yang
diisi. Hebatnya rasa kehambaan dalam diri waktu tu, hanya Tuhan yang tahu.
Dan hari ini, kau insan kedua yang berjaya membuat aku menangis kerana cinta.
Tetapi bezanya kali ini adalah kerana aku yang pergi meninggalkan dalam keadaan kita saling mencintai.
Maafkan aku.
Izinkan aku pergi demi aku mencari semula cinta Tuhan yang telah lama pergi.
Andai ada jodoh kita,
pasti kitakan bertemu semula.
Dari insan yang sentiasa mencintai,
Hanis Nasuha binti Saari
No comments:
Post a Comment