Tuesday 29 March 2016

Perutusan dari Kak Ngah



Sabtu pagi yang tenang di kolej kediaman UiTM.

Tiba terasa rindu dekat kak ngah. Terasa lama tak dengar khabar dari dia.  Lama tak dengar suara lembutnya. Lama tak dengar nasihat dari dia.

Whatsapp dibuka.

Disebabkan dah lama tak berwhatsapp dengan dia, button search ditekan. Nama "kak ngah" ditaip.
Then call whatsapp.

"Hello assalamualaikum kak ngah :') busy ke?"

"Waalaikumussalam. Abby! Tak busy pun. Tengah google something sikit. Ha kenapa?"

"Takda lah. Rinduuuu."

Dari situ mula lah bercerita panjang dengan dia. Macam macam perasaan yang datang waktu tu.

Malam tu, dalam pukul 10 kak ngah whatsapp. 

"Adek bukak facebook sekarang!"

"Eh kau lupa ke? Abby mana ade facebook. Dah deactive."

"Ala kesiannya kau ni. Ha kau google lah , search perutusan perwakilan UKM Cheras kepada Perwakilan UiTM Pahang."

"Haha okaykay kejap." jari laju tekan back button, then cari apps browser

*lepas google, takde langsung keluar apa yang aku search. Lain gila result yang keluar.

"Kak ngah takde pun! Dia keluar pelik-pelik."

"Lah yeke. Hm takpelah kak ngah bagi link jelah."

"Hish, kan senang bagi link dari tadi." tepuk dahi

"Hahaha, dah cer lah bukak baca."

"Ok. Kejap"



[Perutusan Perwakilan UKM Cheras kepada Perwakilan UiTM Pahang]



Disklaimer : Jika bukan malam ini tulis semula, maka sampai bila bila tidak akan mula.

Bismillah. Ke hadapan perwakilan UiTM Jengka, Saudari Hanis Nasuha Saari, setelah sekian lama saudari memenangi kerusi di Jengka, baru kali ini saya mengucapkan tahniah yang sebenar-benarnya tahniah kepada saudari atas kejayaan saudari. Juga ucapan takziah tidak ketinggalan dalam perutusan ini. Moga Allah bantu saudari, bantu kita dalam memegang amanah yang bukan ringan ini.


Izinkan saya untuk mengubah gaya penulisan dalam perutusan ini kepada yang lebih mesra.


Untuk Abby (baca: Adik) yang dirindui,

Apabila kita berada di atas, jangan lupa kita dulu di bawah dan boleh kembali ke bawah. Semakin tinggi kita naik, bukan bermakna semakin mulia kita jadi, tapi kita cuma meninggikan tempat kita jatuh dan bertambah sakit jika kejatuhan itu benar benar terjadi. Boleh jadi kerana salah kita sendiri dan boleh jadi kerana orang lain yang dengki, Di atas ini, boleh jadi kita tergelincir, boleh jadi juga ditolak oleh gunting dalam lipatan tanpa kita sedari.

Perutusan ini daripada seorang Kakngah kepada Abby-nya, kalau hari ini orang lain lupa, kita ingatkan. Boleh jadi hari lain kita lupa orang lain yang ingatkan. Kitaran itu akan berterusan selagi Tuhan menjadi sebut-sebutan pada akal, hati dan perbuatan. Betapa minggu ini, Allah ingatkan kak ngah berulang-ulang kali dengan ayat ayat ini. Moga ia juga beri kesan pada abby.



Az-Zumar : 49

Maksudnya : Maka apabila manusia ditimpa bencana, dia menyeru Kami kemudian Kami berikan nikmat Kami kepadanya, dia berkata "Sesungguhnya aku diberi nikmat ini hanyalah kerana kepintaranku" Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.


Az-Zumar : 53

Maksudnya : Katakanlah, "wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh Dialah yang Maha Pengampun Maha Penyayang.


Az-Zumar : 56

Maksudnya : agar jangan ada orang yang mengatakan "Alangkah besar penyesalanku atas kelalaianku dalam (menunaikan kewajipan) terhadap Allah, dan sesungguhnya aku termasuk orang yang meperolok-olokkan agama Allah.



Boleh tadabbur nanti. Senyum.

Rasa macam dah lama tak jumpa. Kadang-kadang lupa. Sibuk dengar masalah orang. Sibuk lagi dengan masalah diri sendiri sampai tidak ingat tentang keluarga sendiri. Haih. Apalah nak jadi. Fikir pasal adik adik dekat sini, tapi tidak pula ditanya khabar adik sendiri. Akhir kata ; Jagalah hati, terjaga seluruhnya in sha allah dan kerana syurga itu untuk orang yang luar biasa, tak akan cukup pula, kita sekadar jadi yang biasa-biasa?

P.s Disebabkan 'blogger' tidak boleh 'log in'. Maka 'facebook' lah jadi medium nya. Moga isi perutusan ini juga brmanfaat untuk semua. Kalau ia tidak bermanfaat untuk anda, maka tidaklah saya kisah jika anda mahu hide post atau block saya. Sekian.


P.s Credit photo is given to Abby. Kak ngah amik dari profile picture whatapp kau. Baliklah minggu depan. Kakngah balik in shaa Allah.

Terima kasih. Senyum.

Yang Benar,

[Tandatangan]

MPP FPER UKM a.k.a Kak Ngah.





Selesai baca. Perkataan pertama yang disebut. Allahu!


Allah, terasa lama diri ni tak ditarbiah. Terasa nikmat nya Ya Rabbi punya kakak sepertinya. Sungguh rasa rindu ni, punya makna. Makna seperti Allah ingin aku ingat Dia. Ingat Dia, walau macam mana susahnya kita belajar, walau macam mana susahnya kita hidup dengan segala ujian.


Sejujurnya, nasihat yang diberi ini, aku masih simpan, dan baca sehingga sekarang.


Moga Allah lindungi kamu dunia akhirat kak ngah. Moga kita sekeluarga tetap berada di jalan ni (Mustaqiim) hingga syurga. Allahumma Ameen!


No comments:

Post a Comment