Wednesday, 18 January 2017

Pergi

Ini lah kisah aku dan izinkan aku untuk meluahkannya di sini. 

Dahulunya akulah insan yg sering membuat lelaki menangis kerana aku. Dahulunya juga terlalu banyak hati yang telah aku permainkan.

Sampai suatu hari, hadirnya seorang lelaki pertama yang membuat aku jatuh hati padanya. Tanpa aku sedar, dia pergi meninggalkan aku tanpa sebarang alasan mahupun kata-kata. 


Itulah kali pertama aku menangis kerana cinta. 


Dari situ aku tahu, Tuhan sedang membalas atas segala perbuatan yg pernah aku lakukan dulu.


3 tahun aku cuba lupakan semuanya. 
3 tahun juga aku biarkan hati aku kosong, tanpa sesiapa pun yang mampu memasuki perkarangan hati. Hanya cinta dan kasih sayang Allah yang diisi. Hebatnya rasa kehambaan dalam diri waktu tu, hanya Tuhan yang tahu.


Dan hari ini, kau insan kedua yang berjaya membuat aku menangis kerana cinta. 


Tetapi bezanya kali ini adalah kerana aku yang pergi meninggalkan dalam keadaan kita saling mencintai.

Maafkan aku. 

Izinkan aku pergi demi aku mencari semula cinta Tuhan yang telah lama pergi.

Andai ada jodoh kita, 
pasti kitakan bertemu semula.

Dari insan yang sentiasa mencintai,
Hanis Nasuha binti Saari

Tuesday, 29 March 2016

Perutusan dari Kak Ngah



Sabtu pagi yang tenang di kolej kediaman UiTM.

Tiba terasa rindu dekat kak ngah. Terasa lama tak dengar khabar dari dia.  Lama tak dengar suara lembutnya. Lama tak dengar nasihat dari dia.

Whatsapp dibuka.

Disebabkan dah lama tak berwhatsapp dengan dia, button search ditekan. Nama "kak ngah" ditaip.
Then call whatsapp.

"Hello assalamualaikum kak ngah :') busy ke?"

"Waalaikumussalam. Abby! Tak busy pun. Tengah google something sikit. Ha kenapa?"

"Takda lah. Rinduuuu."

Dari situ mula lah bercerita panjang dengan dia. Macam macam perasaan yang datang waktu tu.

Malam tu, dalam pukul 10 kak ngah whatsapp. 

"Adek bukak facebook sekarang!"

"Eh kau lupa ke? Abby mana ade facebook. Dah deactive."

"Ala kesiannya kau ni. Ha kau google lah , search perutusan perwakilan UKM Cheras kepada Perwakilan UiTM Pahang."

"Haha okaykay kejap." jari laju tekan back button, then cari apps browser

*lepas google, takde langsung keluar apa yang aku search. Lain gila result yang keluar.

"Kak ngah takde pun! Dia keluar pelik-pelik."

"Lah yeke. Hm takpelah kak ngah bagi link jelah."

"Hish, kan senang bagi link dari tadi." tepuk dahi

"Hahaha, dah cer lah bukak baca."

"Ok. Kejap"



[Perutusan Perwakilan UKM Cheras kepada Perwakilan UiTM Pahang]



Disklaimer : Jika bukan malam ini tulis semula, maka sampai bila bila tidak akan mula.

Bismillah. Ke hadapan perwakilan UiTM Jengka, Saudari Hanis Nasuha Saari, setelah sekian lama saudari memenangi kerusi di Jengka, baru kali ini saya mengucapkan tahniah yang sebenar-benarnya tahniah kepada saudari atas kejayaan saudari. Juga ucapan takziah tidak ketinggalan dalam perutusan ini. Moga Allah bantu saudari, bantu kita dalam memegang amanah yang bukan ringan ini.


Izinkan saya untuk mengubah gaya penulisan dalam perutusan ini kepada yang lebih mesra.


Untuk Abby (baca: Adik) yang dirindui,

Apabila kita berada di atas, jangan lupa kita dulu di bawah dan boleh kembali ke bawah. Semakin tinggi kita naik, bukan bermakna semakin mulia kita jadi, tapi kita cuma meninggikan tempat kita jatuh dan bertambah sakit jika kejatuhan itu benar benar terjadi. Boleh jadi kerana salah kita sendiri dan boleh jadi kerana orang lain yang dengki, Di atas ini, boleh jadi kita tergelincir, boleh jadi juga ditolak oleh gunting dalam lipatan tanpa kita sedari.

Perutusan ini daripada seorang Kakngah kepada Abby-nya, kalau hari ini orang lain lupa, kita ingatkan. Boleh jadi hari lain kita lupa orang lain yang ingatkan. Kitaran itu akan berterusan selagi Tuhan menjadi sebut-sebutan pada akal, hati dan perbuatan. Betapa minggu ini, Allah ingatkan kak ngah berulang-ulang kali dengan ayat ayat ini. Moga ia juga beri kesan pada abby.



Az-Zumar : 49

Maksudnya : Maka apabila manusia ditimpa bencana, dia menyeru Kami kemudian Kami berikan nikmat Kami kepadanya, dia berkata "Sesungguhnya aku diberi nikmat ini hanyalah kerana kepintaranku" Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.


Az-Zumar : 53

Maksudnya : Katakanlah, "wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh Dialah yang Maha Pengampun Maha Penyayang.


Az-Zumar : 56

Maksudnya : agar jangan ada orang yang mengatakan "Alangkah besar penyesalanku atas kelalaianku dalam (menunaikan kewajipan) terhadap Allah, dan sesungguhnya aku termasuk orang yang meperolok-olokkan agama Allah.



Boleh tadabbur nanti. Senyum.

Rasa macam dah lama tak jumpa. Kadang-kadang lupa. Sibuk dengar masalah orang. Sibuk lagi dengan masalah diri sendiri sampai tidak ingat tentang keluarga sendiri. Haih. Apalah nak jadi. Fikir pasal adik adik dekat sini, tapi tidak pula ditanya khabar adik sendiri. Akhir kata ; Jagalah hati, terjaga seluruhnya in sha allah dan kerana syurga itu untuk orang yang luar biasa, tak akan cukup pula, kita sekadar jadi yang biasa-biasa?

P.s Disebabkan 'blogger' tidak boleh 'log in'. Maka 'facebook' lah jadi medium nya. Moga isi perutusan ini juga brmanfaat untuk semua. Kalau ia tidak bermanfaat untuk anda, maka tidaklah saya kisah jika anda mahu hide post atau block saya. Sekian.


P.s Credit photo is given to Abby. Kak ngah amik dari profile picture whatapp kau. Baliklah minggu depan. Kakngah balik in shaa Allah.

Terima kasih. Senyum.

Yang Benar,

[Tandatangan]

MPP FPER UKM a.k.a Kak Ngah.





Selesai baca. Perkataan pertama yang disebut. Allahu!


Allah, terasa lama diri ni tak ditarbiah. Terasa nikmat nya Ya Rabbi punya kakak sepertinya. Sungguh rasa rindu ni, punya makna. Makna seperti Allah ingin aku ingat Dia. Ingat Dia, walau macam mana susahnya kita belajar, walau macam mana susahnya kita hidup dengan segala ujian.


Sejujurnya, nasihat yang diberi ini, aku masih simpan, dan baca sehingga sekarang.


Moga Allah lindungi kamu dunia akhirat kak ngah. Moga kita sekeluarga tetap berada di jalan ni (Mustaqiim) hingga syurga. Allahumma Ameen!


Wednesday, 28 October 2015

Amanah


Petang yang dingin, 
Sedang sibuk scroll tumblr.

Tiba-tiba whatsapp masuk..

"Hanis tahniah. MPP kan?"

Aku balas, "Ho terima kasih, alhamdulillah :)"

"MPP apa weh?"

"Hm, Setiausaha Agong."

"Huu berat tu. Takziah lah ya. Haha. Congrats again and selamat menjalankan tugas hanis sayang heheh"

"Haha. Thank you dear. Pray for me. Doakan aku hadapi semua ni dengan kuat dan tabah."  

"Always :)"

يؤتكم خيرا مما أخذ منكم

"He will give you [something] better than what was taken from you." 
8:70


Jujur, bukan aku minta semua ni.  Tapi aku percaya apa yang berlaku semua dah tertulis di Lauh Mahfuz. Cuma satu aku minta. 

"Hati, tetaplah berpaut dan mendekat pada-Nya."


Moga dalam kesibukan aku dalam menjalankan tugas, hati dan ibadah aku tak terganggu untuk terus mangejar cinta-Nya.

Kadang aku takut. 

Pernah terbaca satu ayat ni,

Setiap apa yang kita taip, apa yang kita cakap, apa yang kita tulis, apa yang kita buat, apa yang kita ingat, apa yang kita fikir, semuanya akan ditanya di padang mashsyar kelak.


Sebab amanah ni 
Bukan untuk aku main-main.
Bukan hanya setakat berbangga aku dapat pegang jawatan tertinggi.
Bukan untuk aku buat sambil lewa.

Kerna semua nya akan disoal di akhirat kelak.

Mula-mula ada rasa terpaksa tu. Aku mula futur. Aku rasa aku sangatlah tak layak dapat jawatan ni, dan aku cuba redha. Aku usaha untuk redha. 

Satu hari, ada seorang sahabat ni. Cuba nasihat aku. Hanya dengan satu ayat je hati aku mula berubah.


"Allah tidak membebani seseorang itu, melainkan kesanggupannya" 2:286

Dari situ, aku cuba bangkit.

Moga hati terus redha. Moga diri terus tersenyum walau pahit mana pun dugaan nanti. 

Alhamdulillah. Tabarakallah. 

Friday, 25 September 2015

Sebelum kau halal untukku 



"Apabila dirimu meminati seseorang, bermohonlah kepada Allah SWT agar hatinya akan kamu miliki. Jika kamu sangat menginginkannya dengan sebenar-benar keinginan, maka bermohonlah dengan sebenar-benar pengharapan. Jangan sesekali kamu merayu pada si dia, kerana bicaranya mungkin akan membuatkan kamu terluka. Apabila hati dipersenda, pasti sebuah kekecewaan akan menerpa. Namun, jika dirimu memohon terus kepada Allah, Penciptanya. 2 kemungkinan sedia menanti kamu, iaitu mungkin dirimu mendapatkan hatinya atau mungkin kamu akan mendapat seseorang yang lebih baik darinya." - kakpijah

Ya Allah.
Aku berdo’a untuk seorang lelaki yang akan menjadi sebahagian dari hidupku.

Seseorang yang sangat mencintai-Mu lebih dari segala sesuatu. Seorang lelaki yang akan meletakkan ku pada posisi kedua di hatinya selain Engkau. Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk Engkau.

Wajah tampan dan daya tarikan tidaklah penting, yang penting adalah sebuah hati yang sungguh mencintai dan dekat dengan Engkau dan berusaha menjadikan sifat-sifat-Mu ada pada dirinya
dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidup sehingga hidupnya tidaklah sia-sia.

Seseorang yang memiliki hati yang bijak, tidak hanya otak yang cerdas. Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tapi juga menghormatiku. Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku tetapi juga dapat menasihatiku ketika melakukan kesalahan. Seseorang yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tapi kerana hatiku. Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu dan situasi. Seorang lelaki yang dapat membuatku merasa sebagai seorang wanita ketika aku disisinya.


Ya Allah,

Aku tidak meminta seseorang yang sempurna namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna, sehingga aku dapat membuatnya sempurna di mata-Mu

Seorang lelaki yang mmerlukan sokonganku sebagai peneguhnya. Seorang lelaki yang memerlukan do’aku untuk kehidupannya. Seseorang lelaki yang memerlukan senyumku untuk mengatasi kesedihannya. Seseorang lelaki yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna.


Ya Allah,

Aku juga meminta
Jadikanlah aku, wanita yang dapat membuatnya bangga

Berikan aku hati yang sungguh mencintai-Mu sehingga aku dapat mencintainya dengan sekadar cintaku. Berikan aku sifat lembut sehingga kecantikanku datang dari-Mu. Berikan aku tangan sehingga aku selalu mampu berdo’a untuknya. Berikan aku penglihatan sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dan bukan hal buruk dalam dirinya. Berikanlah aku lisan yang penuh dengan kata-kata bijaksana, mampu memberikan semangat serta menyokongnya setiap saat dan tersenyum untuk dirinya setiap pagi

Dan bila mana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakan


“Betapa Maha Besarnya Engkau karena telah memberikan kepadaku pasangan yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna.”


Aku mengetahui bahawa Engkau ingin kami bertemu pada waktu yang tepat. Dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang telah Engkau tentukan.


Aamiin Ya Rabbal ‘alamiin 

credit to lautanrindu

Saturday, 29 August 2015

Ukhuwwah




Dulu aku ada sorang kawan yang pergi mana-mana mesti dengan dia. Dia dah macam part of my life, my family, dan semua cerita hidup aku sampai ke kisah family aku dia tahu.

Waktu aku susah, waktu aku sakit, waktu aku dapat sesuatu yang gembira ke atau time tu aku sedih gila sampai tak tahu nak luah kat siapa, orang pertama yang aku cari adalah dia.

Bila aku bosan, dialah orang pertama yang aku cari, aku texting, yang aku ajak keluar, dan aku rasa tak bestnya pergi mana-mana kalau tak ada dia. Kadang kalau keluar pastu terjumpa barang feveret dia ke mesti aku teringat kat dia.

Waktu masing-masing sambung study. Selalu dia tanya sihat ke tidak, makan ke belum, bila keluar mana mana tanpa dia mesti kasi tahu dan aku akan cerita balik apa yang berlaku. Sama-sama kongsi cerita. Dia lah orang yang selalu beri aku kata kata semangat walau time tu dia pun dalam keadaan ok tak ok je. Aku tahu.

Dia lah sahabat. Bertahun-tahun tak pernah tinggalkan aku. Kalau ada masalah saling kongsi. Kalau terasa hati tak pernah lama. Serious! Susah sangat nak marah dia. Sebab masing-masing tahu, masing-masing ada hati yang perlu dijaga.

Tak ramai aku jumpa teman yang macam ni. Bersyukurlah hanis.

Sekarang, aku rindu dia. Rindu sangat-sangat. Lama kita tak jumpa kan? Moga dalam lindungan Dia selalu :') Terima kasih atas kenangan yang pernah kita cipta sama-sama. (okay, mata dah berair)

Moga nama aku masih dalam doamu sahabat.
Moga kenangan itu masih kekal diingatan.
Moga Allah redha dan
Moga sama-sama menjadi wanita solehah.

Moga-moga :)