Wednesday, 12 August 2015

Perempuan


**
'Hanis ni memang kebal bab-bab cinta ni.'

'Macam mana kau boleh kawal perasaan kau dengan ajnabi eh? Aku susahlah weh'

Perempuan.



"Walau bagaimana sibuk dan aktif dalam society, kental bawa diri tak ada pakwe, bersemangat dalam dakwah atau bijak melangit dalam pelajaran, tetap takkan lari daripada bicara soal hati."

Aku juga macam perempuan-perempuan lain. Kadang jatuh juga. Kalau dah hati itu asalnya lembut maka selamanya jua lembut.

Macam mana aku cuba untuk jaga hati. Tak nak lagha. Tak nak fikir yang sia sia. Kadang kadang terpesong juga. Sampai rasa nak kahwin sahaja lagi mudah.

Tengok orang couple, rasa nak couple juga, bila fikir balik tak nak couple sebab tak nak buat perkara menghala dosa, tetapi jiwa terseksa.

Tengok orang kahwin, nak kahwin juga, tak tahu kenapa rasa nak kahwin tu datang tetapi yang tahu hanya mahu kahwin bila seronok tengok orang kahwin.

Cuma satu.

Rakan usrah pesan, selalu ingatkan pada hati, selagi tiada ikatan yang termeterai, dia bukan sesiapa lagi untuk dicintai sepenuh hati. Jangan mudah sangat lemah. Jangan biar diri gatal hanya mahu kahwin sahaja sedang persiapan diri layu. Belajarlah menjadi seorang wanita.

Dan kerana tidak tahu banyak perkara itulah aku perlu belajar banyak perkara. Kahwin bukan soal cinta dan suka sahaja. Perkahwinan penuh dengan tanggungjawab yang menanti. Sebab tempoh selepas kahwin bukan sehari dua, tetapi biar mahu sampai ke syurga.


Pesan mereka lagi,

Usah terlalu risau akan soal jodoh. Usahalah setakat mana yang mampu. Asal sahaja diri tahu untuk menjaga kehormatan diri maka dia yang begitu jualah yang bakal dihadirkan Allah. Asal sahaja hati terus teguh pada jalan dakwah dan kebenaran maka dia yang begitu jualah yang akan datang melengkapkan kehidupan.

Hidup ini cukup mudah.

Buat apa yang Allah suka dan reda. Dan suka serta reda dengan tiap apa yang diberi Allah. Kerana tiada apa yang tidak baik datang daripada Allah melainkan segalanya baik-baik belaka.



Takde tajuk




Usai ceramah malam tu.  Balik ke bilik. Ambil wudhu'. Terus naik katil.

Pasang lagu. Menanti di Barzakh by Far East.

Penat. Penat sangat malam tu. Mata masih mencuba untuk pejam. Tiba tiba teringat kata kata ceramah tadi.


Kelak akan datang seorang lelaki, entah siapa, menemui Ayahmu. Dan berkata “Izinkan aku menjadi Imam anakmu di sejadah rindu”

Kelak akan datang seorang lelaki, entah siapa, menemui Ibumu. Dan berkata “Izinkan anakmu menjadi Ibu untuk anak-anakku”

Dengan izinNya,
Suatu hari nanti.


Aku termenung lama.

Satu persoalan terdetik dalam fikiran yang aku sendiri tahu tiada jawapannya.

'Dengan siapa aku akan bertemu dulu, sang Pencipta atau si pencinta?'

Sungguh, semua itu rahsia Allah.


Ajal yang datang di muka pintu,
Tiada siapa yang memberi tahu,

Tiada siapa pun dapat hindari,
Tiada siapa yang terkecuali,
Lemah jemari nafas terhenti,
Tidak tergambar sakitnya mati,
Cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi

Sunday, 28 June 2015

Syukur




Aku tenang begini. 
Tanpa sesiapa lagi dalam hati.
Kau tidak ku temu, tidak juga ku tanya kan khabar..
Tetapi, aku tak mampu membohongi hati masih sayang.
Cuma aku percaya Tuhan menjarakkan kita atas alasan.
Jaga hati, jaga iman.
Satu aku minta,
Jika mahu pergi… jangan pernah kembali lagi.
Hati ini bukan persinggahan.

Saturday, 27 June 2015

Wanita



Andai kau mahu belajar memahami manusia, belajarlah memahami wanita, kerana pada diri seorang wanita itu ada pelbagai watak yang boleh kau pelajari. Adakalanya mereka matang, adakalanya bagai anak kecil, bahkan kadangkala mereka lebih tabah dari dirimu. Berhadapan dengan wanita, hakikatnya kau sedang berhadapan dengan  dua tiga jenis manusia. Indahnya kejadian wanita sebagai pembelajaran buatmu, sebagai persiapan kepada jiwamu menjadi pejuang yang mempunyai nilai kasih sayang dan cekal.


Jika satu hari nanti kau membina kehidupan dengannya, lindungilah mereka, cintailah mereka. Namun, sedalam mana sekalipun cintamu pada makhluk bernama wanita, jangan sesekali ia melebihi cintamu pada wanita pertama yang mencintaimu; yakni ibumu.


Ketahuilah bahawa suatu hari nanti, ibu bapa mu akan uzur. Namun, keuzuran ibu bapa itu adalah hadiah dari Allah untuk memberi pahala, menghapus dosa dan mengangkat darjat seorang anak. Jangan sesekali melihat ia sebagai beban tapi lihatlah ia sebagai satu peluang yang diberikan Allah kerana belum tentu ibadah-ibadah sunatmu diterima dan dicintai Allah, namun menjaga ibu bapa adalah ibadah yang pasti dicintai Allah. Semoga sentiasa diberi ruang dan peluang untuk berbakti kepada mereka.


Untuk kau yang bernama lelaki,
binalah `soleh` dalam dirimu,
bimbinglah ibu, isteri, saudara, dan anak perempuanmu,
menjadi perempuan- perempuan kesayangan Tuhan,
kerana itulah yang dinilai oleh Tuhanmu,
kelak kaulah lelaki kesayangan Tuhan.


Dua Insan



Ya.

Study jejauh pun aku dah rindu
Seminggu tak jumpa pun dah rindu
Dengar suara mereka bercakap dalam fon pun aku boleh menangis
Hanya sebaris kata semangat pun boleh buat aku sebak
Bila orang cerita pasal mak ayah even sikit pun mata dah berair
Teringat mak ayah pun boleh buat mata berair
Tulis tentang mereka pun boleh menangis.


Allah, lemahnya aku


Sungguh aku tak kuat untuk kehilangan mereka
Tapi aku harus sedar. Aku 'kena' sedar
Semua hanya pinjaman dari Dia
Termasuk mak dan ayah


Mak ayah,
Moga sentiasa dekat di hati
Moga baik baik saja
Moga kita dapat berjumpa di sana nanti.


In shaa Allah *senyum*